Matt Ashkeroth. Powered by Blogger.

Siapa Sebenarnya.....?

Al-Fatihah to Osama Bin Laden
(If the news is true, May you rest in peace)

Osama Bin Laden

Kita digemparkan dengan berita US Troupe dah berjaya membunuh Osama Bin Laden yang kononnya adalah dalang kepada pengeboman WTC September 11, 2001. And berita ya siap diumum oleh Presiden Obama gik. And NOT surprising, shortly after that, orang rami start polah spekulasi tentang kesahihan gambar ya. Erm, honestly speaking, mula-mula aku rasa macam berita ya benar. Until la ada org tunjuk gambar sebenar Osama, gambar mayat sorang lelaki (yang aku sik kenal) and gambar yang maybe di-morphed kan dari 2 gambar ya tek. So, dari segi pembuktian ya macam kukuh la. Tang obvious jak gambar mayat Osama ya adalah FAKE. Tapi aku bukan pakar photography so aku sik tauk nak komen banyak-banyak. Mun pake photoshop aku just pande teknik Fill Light jak (ok, mereps...)
Anyway, somehow aku rasa Osama sebenarnya belom mati - ditemui pun blom kali. Maybe US gov mok put a rest to this mission, so polah la bukti palsu (MAYBE). Sebab apa, macam mustahil jak Osama lepak di quarters di Pakistan ya bertahun-tahun tanpa ada orang perasan? Iboh padah Osama, mun Acapan diam di flat aku tok gik aku perasan kali. Considering the scale of the mammoth manhunt, and the billions of money spent, mustahil la Osama dengan senang hati nayang diriknya di Pakistan. Plus, Osama (like Saddam Hussien) ada banyak penyamar. So boleh jadi juak yang kenak bunuh ya sebenarnya adalah imposter, but not the real Osama Bin Laden. Tapi, apa-apa pun, to US Gov, Osama is dead. And mustahil sidak akan tarit balit pengumuman ya, malu bah. 
Betol sik Ama (nama bulak Obama)...? Betol nak? yahhhh....
. . .

September 11, 2001

Ingat sik kejadian 9/11? 
Time ya aku gik form 4. Pulang dari khusus, bukak tv trus tangga berita pasal 9/11 
(ko tek tangga berita paduuu, sak juak di skolah asrama sikda TV. Time ya aku di rumah la ongeng!) Panik la time ya, walopun aku masih sik paham gilak politik perang-perang time ya tapi yang aku tauk, benda ya salah. Hijacked belon kakya melantak bangunan. Start dari tarikh ya la, perkataan TERRORIST mula bermain-main di telinga kita. Islam pun start la dikaitkan dengan pengganas tok tek. 
Tapi.....pernah sik kitakorg terfikir,
Why United States sentiasa jadi target terrorist?
Ok, sitok penting untuk kita belajar dari Sejarah. Nang benar kata cikgu Sejarah kita dolok, sejarah manusia tok nang penting untuk kita molah penaakulan yang lebih matang tentang situasi semasa. 

Okay, firstly, terrorist tok sebenarnya bukan la sidak yang bodo-bodo. Sidak tok bukan terdiri dari kalangan orang yang sikda kerja lain nak dipolah. Sidak tok bukanlaa orang yang suka-suka carik kelaei dengan orang lain tanpa sebab musabab yang kukuh. And selalu kita dengar, terrorist tok dalangnya adalah among the intellects. Sidak-sidak yang bijak pandai, and most of all, Terrorist are too HUMAN BEING. Cuma apa yang membezakan sidak dengan kita orang-orang kebanyakan yang mun kenak bom dalam perang sikda orang kisah, adalah, sidak adalah orang-orang yang deeply concerned tentang ketidakadilan sosial, politik, agama. 
And coincidently, kebanyakan permasalahan yang melibatkan "pengganas" tok adalah bertitik-tolak daripada tindakan membalas dendam (bahasa media, Retaliation) ke atas tindakan Amerika terhadap negara-negara lain.

Mun di kaji dari segi sejarahnya (yang kita sikpat nak deny), banyak tindakan AS yang sebenarnya menjadi punca kenak banyak pihak seolah menyimpan dendam dengan AS. Contohnya nang lengthy, di Middle East jak dah beratus-ratus pengeboman, di Lebonan, LIbya, the sinking of an Iranian ship, Iranian passenger plane yang ditembak jatuh, unending bombing di Iraq, and yang paling kita senang nak lupak, bantuan ketenteraan ke atas Israel waima berpuluh-puluh orang awam Palestin mati kenak bunuh tentera Israel setiap hari.

And blom gik kita bercakap tentang tekanan politik & ekonomi oleh sidak AS ke atas negara-negara yang dirasakan sik sebulu, especially 3rd World Country- specifically Muslim population. So logiklaa bila sidak pengganas tok target The Pentagon and bangunan WTC, as both of the landmarks represented the military and economic might of the United States. And sigek plane gik yang crash kat Pennsylvania ya maybe dalam perjalanan nak merempuh White House, lambang kekuasan Washington. 



Sebelum 9/11, sebenarnya AS dah banyak berhadapan dengan masalah terrorism. Bukan setakat dari masyarakat Islam, tapi dari masyarakat lain pun ada juak. Contohnya sidak Latin America (suddenly imagine Rosalinda). In fact, permusuhan AS dgn Latin Amerika sejak setengah kurun yang lalu is far worse kerana melibatkan dadah and senjata haram. Tapi suddenly, disebabkan magnitude insiden 9/11, sidak AS tiba-tiba secara RASMINYA melancarkan peperangan Anti-Keganasan which means, MENGHALALKAN  PEMBUNUHAN dalam skala yang maha besar. We are not talking about raiding a building or a headquarters, we are talking about INVADING a Nation!! 
And they dare calling themselves a "Freedom Fighters".

So sejak dari ya, bermulalah perang di Afghanistan kononnya nak mencari Osama Bin Laden (an individual) and melumpuhkan Al-Qaeda. Selama lebih 2 bulan, Afghanistan dihujani missiles and bomb. Afghanistan adalah antara negara yang PALING MISKIN and PALING BACKWARD di dunia. So from a nation's point of view,  sapa sebenarnya pembunuh yang paling kejam dalam kes tok? Terrorist (yang blom tentu TOTALLY bertapak dari Afghanistan) dengan kapal terbang domestic ATAUPUN Armada Tentera AS dgn AGM-86D cruise missiles,  AGM-130 missiles, 15,000-pound "daisy cutter" bombs, depleted uranium and cluster bombs?
Sapa sebenarnya yang lebih deadly and kejam?

Kadar kematian di AS sepanjang tahun 2002 disebabkan oleh terrorist (not just from Al-Qaeda) adalah kurang 3000 orang. Tapi kadar kematian selepas 2 bulan  misi menghapuskan pengganas di Afghanistan adalah 3500 and counting! And kesan perang ya masih gik sampe kinek tok dirasai, and pada tahun 2010, kadar kematian di Afghanistan dah mencecah lebih 10000 orang awam!!  Ya belom gik di kira dengan yang bakal mati sebab kesejukan and kebuluran disebabkan kemusnahan tempat tinggal, yang akan mati sebab hidup bergelumang dengan sisa-sisa bom yang boleh meletup bila-bila masa, yang terkesan oleh senjata uranium terurai yang membunuh secara perlahan. So? Sapa sebenarnya pengganas?

Sidak terrorist memang kita ketahui mensasarkan orang awam. Tapi dalam perang, bila ada orang awam Afghanistan yang terbunuh sebab kenak bom, sidak AS kata ya adalah completely ACCIDENTAL. Wujudla term "Collateral Damage" yang kononnya adalah sebahagian daripada korban peperangan yang sik dapat nak di elakkan. Aih? 
Orang awam tek pengganas? 
Tapi bila dah hari-hari orang awam kenak bom, macam ni kita nak percayak yang ya adalah "accidental"? Sebab utama yang dapat kita fikir, kenak orang awam pande jadi mangsa adalah, sidak tentera AS is simply don't care. 
Ada sigek kes pengeboman di salah sebuah kampung di Afghanistan, 
nama kpg ya Chowkar-Karez, 93+ orang kampung mati. And dalam sidang akhbar oleh Pentagon tentang insiden ya, at some point, sidak padah (and I quote)
"...the people there are dead because we wanted them dead..." 
and bila di tanya kepada US Defense Secretary time ya, Donald Rumsfeld, nya simply jawab 
"I cannot deal with that particular village"
So here we see....Americans.

Perancang utama ke atas pengeboman WTC boleh kita kira dengan jari. Maybe sik sampe 10 orang pun kali. Tapi pembalasan oleh pihak AS is just ridiculous! So andaikata kempen AS di Afghanistan ya adalah untuk mencari dalang 9/11, sebenarnya ya adalah sebuah misi yang sik berjaya. 
A fool's mission ; A violent fool's mission. 

AS sebenarnya hipokrit and tidak adil.
Kenak bila berlaku pengeboman di bangunan kerajaan di Oklahoma taun 1995 dolok oleh Timothy McVeigh (US Local), sidak tentera AS sik ngebom di entire Michigan State?? Kenak bila berlaku pengeboman di WTC, sidak AS ambik pendirian melancar perang besar-besaran dengan sebuah negara? Hipokrit sik?
Plus, bila Russia nyerang Chechnya tahun 1999 dolok, bukan main AS nganok Russia sik adil dalam mengekang keganasan, kononya Russia tek sik target "punca sebenar" keganasan. 
So Afghanistan tek, sebuah negara MISKIN, adalah PUNCA keganasan la?
Hipokrit sidak pentadbiran AS tok nang dah terserlah. Zaman Collin Powell dolok gia juak. Bukan main gik nya condemned sidak yang memusnahkan bangunan, membunuh orang awam atas sebab-sebab politik. Tapi nya lupak, tahun 1999 nya adalah perancang kepada serangan ke atas Yugoslavia selama 78-hari. And nya juak mastermind yang merancang pengeboman di Panama & Iraq. Tapi bila bab berfalsafah bukan main lagik. Apa nya pikir kita tok sikda ingatan ka tentang sejarah dunia? Apa nya pikir kita masyarakat dunia tok bodo ka sik belajar dari sejarah?
Or sebenarnya, sidak sememangnya TIDAK AMBIL PEDULI?

Memang benar lepas perang, kita akan disogokkan dengan berita postwar reconstruction. Kononnya lepas perang Afghanistan, sidak akan melancarkan pakej rebuilding of Afghanistan, kononnya. Tok semuanya adalah cakap-cakap yang propa semata-mata but in reality, LACK IN SUBSTANCE. Cos Bush lepas ya ada padah, postwar reconstruction di Afghanistan akan diberikkan kepada Europe and Japan disebabkan kekangan bajet disebabkan perang. So, in a way, sidak nak molah dunia tok anggap seolah-olah peperangan ya sebenarnya adalah untuk keuntungan sidak Japan & Europe, padahal sebenarnya ya adalah untuk kepentingan ketenteraan AS. Jika benar pelan membina semula Afghanistan ya adalah telus seperti termaktub dalam polisi sidak AS, kenak Yugoslavia sampe kinek tok makin mundur sedangkan pada asalnya Yugoslavia sebelum perang adalah sebuah negara industri yang maju. 
Kenak Vietnam lepas berpuluh tahun kenak perang sik maju-maju sampe kinek tok? Kenak Laos and Kemboja yang kenak tempias perang AS-Vietnam sikdapat apa-apa faedah pun daripada postwar-reconstruction package ya? 
Why? 

So di sia kita dapat mengadili sapa sebenarnya pengganas. 
Jangan kita jadi orang yang sik belajar dari sejarah and senang-senang melabel satu-satu pihak ya sebagai pengganas.
So, let us all be a little bit more rational in our judgement and perception.






Tis' is Matt Ashkeroth
Kakak Kedei Ayam Mak Entek kat Warong 2000 lagik Ganazzz...
Huh!


Rakyat has Spoken


Assalamualaikum w.b.k.t

Okay. Musim election menjelma. So seperti biasa, Kuching akan penuh dgn poster segenap jeraya. Akan ramilaa sidak turun ke Sarawak berkempen. TV pun tang tiba-tiba ada slot khas Sarawak. Dalam tenet nang sikboh cerita, manusia berbunoh sama dirik. Suma mempertegakkan point masing-masing. Status Facebook/ Twitter dah jadi tempat nganok orang ya nganok orang tok. Newspaper nang xda cerita lain, nang hal politik jak. Media Alternatif pun sama jak laa, sikboh sidak nak nganok newspaper, sekurang-kurangnya newspaper gik masih berhemah dari segi gaya bahasa penulisan. So 2x5, jangan nak deny. 

First of all, aku tok bukanlaa jenis orang yang gago gilak pasal politik. Plus aku ngakuk la siap-siap yang aku sik banyak ilmu pasal politik tok. Tapi, ya sik bermaksud aku sik boleh merik pendapat tentang dunia politik Malaysia tok nak. Maybe ada yang sik suka dengan isi penulisan aku, neway, wat the hell! I am not significant to you as much as you are not significant to me. Plus, this entry is not meant to bash any particular party, just my point of view jak. Okay before that, mind you that entry tok bukan la entry yang intellectual. So sik perlu ktkorg nak judging based on Buku Text Politik & Pemerintahan ktkorg. Tok cuma sekadar persoalan yang bermain di fikiran aku jak. So, tone yang aku coba sampaikan adalah tone perbualan yang casual. No hatred. Peace No war.

Okay, Malaysian Politics. 
First, aku rasa masalah dengan politik kita tok sebenarnya, terlalu di over sensationalized. Suma benda pun nak di politikkan, sampe kadang-kadang kita rasa sik perlu. Since politik tok diberikkan keutamaan gilak, sampe kita lose track dengan masalah-masalah yang lebih global. Kita jarang dengar politician ngelaka pasal Global Warming, Kelembapan Ekonomi Dunia, Corporatocracy, Productivity, Early Education, Renewable Energy, Logging and macam-macam gik masalah dunia. Tapi kita masih gago dengan, sapa liwat sapa, bini sapa molah muka, sapa blakon video terlampau, sapa kaki tipu, sapa berbini muda, sapa sik molah kerja, sapa tukang tapok konspirasi, sapa racisme, sapa corrupt.....end up, bila kita nilai dgn penuh insaf, politik semuanya berkisarkan politik individu/politik parti. Tapi, kita termakan dengan suma benda because kita rasa, nya JUICY

Cuma aku ada beberapa benda yang aku rasa macam tertanya-tanya;

Kawasan Bandar

Result election kali tok menunjukkan yang PR banyak menang di kawasan bandar. Trend pengundi PR di semenanjung nampaknya dah mula di terima oleh masyarakat bandar Sarawak. Ok, kita piker senangla. Maybe PR dipilih di bandar sebab sidak competent dalam molah kerja. Okay.

Just to raise some reasonable doubt.  Andai kata perjuangan sebenarnya adalah untuk membantu penduduk yang "tertinggal" dari segi pembangunan, then why kawasan yang betol-betol ulu, sikda jalan, sikda karan, still BN menang and sidak PR sik beria-ria nak merebut kawasan ya? Maka perjuangan utama adalah membantu masyarakat, and by right definisi masyarakat yang patut di bantu adalah mereka yang terkebelakang dalam arus pembangunan, ya definisi aku lah. 
So kenak kawasan-kawasan ulu ya sik diperjuangkan benar-benar oleh PR? Kebanyakkan isu utama rakyat dgn sidak BN adalah jeraya sik siap-siap, karan sik masok-masok. Sudah jelas ya adalah isu utama yg jadi masalah rakyat, then kenak PR sik memperjuangkan sungguh-sungguh isu ya di kawasan yang BENAR-BENAR memerlukan kemudahan asas. 
Kenak fokus utama adalah BANDAR? Why? 
Adakah sebab demographic? 
Adakah sebab pengundi? 
Or adakah sebab ya adalah jalan yang mudah untuk menang, asalkan menang? 
Kenak sikmok ngantar the best candidate di Balingian pake melawan Taib? Why? 
Bukankah provokasi utama kempen adalah untuk menumbangkan Taib?
So WHY calon yang di anta pake melawan Taib ya, sorry to say, sik percayak aku dgn kepimpinannya. Kenak pimpinan tertinggi PR overlook benda ya. 

So, persoalannya, sapa sebenarnya yang di bantu dalam perjuangan tok? 


Corruption

Okay. Kita salu ditaburkan dengan cerita yang Taib tok tek corrupt. Kononnya makan duit rakyat, ngumpul kekayaan untuk ahli keluarga nya mpun. Tapi, suma allegation ya, suma yang sik formal, blom ada bukti. Andai kata benar, then kenak sikda dakwaan rasmi pun di polah ke atas Taib?
 Di sini watak dak pimpinan PR time tok? Buktikan lah yang Taib ya benar-benar corrupt. Bak kata Fasha Sandha, "Jika betul, mana buktinya....?" 
So sama juak la. Iboh nak padah Taib, even kita rakyat biasa tok gik mok bukti mun kita disabit kesalahan. So, benar sik benar allegation ya, masih gik fuzzy. Jika benar, tampilkanlah bukti. Time toklaa pake kan pemande ktorg carik bukti untuk menyabitkan Taib tek, jika benar nya corrupt. 
TAPI, sikda pun bukti. Ni pegi asas perjuangan nak menumbangkan Taib tek? Kah sekadar ditabur dalam ceramah-ceramah jak tapi sik di buktikan dengan tindakan? 
So macamni kita nak mengharapkan masalah jeraya, karan, geran tanah dapat diselesaikan, padahal isu utama yang dibangkitkan dalam kempen, yang di print besar-besar dalam banner, sikpat dibuktikan dengan kukuh. 
Buktikanlah. Mun benar, buktikan kepada rakyat. Baruk la orang akan respek. Bukan setakat cakap-cakap kempen.  


Parti

Pada pandangan aku lah, kita tok sebenarnya terbawa-bawa gilak dengan isu pemimpin berbanding isu-isu rakyat. Bagi kita, BN ya Taib, PR ya Anwar, DAP ya LKS. So parti ya di outshine oleh sapa pemimpinnya. Lupa kita tentang perjuangan rakyat. Lupa kita yang kuasa sebenarnya bergerak dari bawah ke atas. Pemimpin di angkat oleh rakyat.  Mmg benar tunjang parti adalah pemimpin, tapi when it comes to KERAJAAN, nya sepatutnya adalah satu usaha yang kolektif. Kerajaan bukan setakat pemimpin atasan. Kerajaan adalah satu jentera. Dari pemimpin sampe ke kakak tukang fotostet di opis kerajaan. 
Mok ktkorg kakitangan kerajaan dipadah sik competent hanya kerana pemimpin ya sik disuka rakyat? 
Sikmok nak? Salah seorang, sik bermaksud salahlah semua. 
Produktiviti adalah sesuatu yang bersifat individu. Bagus macamni pun pemimpin atasan, mun orang bawahan masih gik kerja  sambil lewa, lunch hour sampe pkl 4ptg, mcm ni JENTERA KERAJAAN nak jadi produktif?
Tapi, yang akan terkenak kesannya adalah kepimpinan. Apa kata, mun setiap kali ada masalah kelewatan, buangkan pekerja di satu2 sektor kerajaan ya. Mun sidak ulu tek xda sekolah, DO nya kita buang kerja. Mun sigek2 tempat tek JPJ nya slow, pekerja JPJ ya buangkan, sia baruk kita dapat tingkatkan produktiviti. 
Tapi hakikatnya sik. Kita lebih suka blame kan kepada pimpinan parti. 
Tapi kita sik muhasabah dirik. 
Kenak bila situasi didefinisikan dari segi produktiviti individu kita sik setuju untuk diubah, tp bila melibatkan pimpinan kerajaan, kita lebih suka bercakap tentang perubahan, tsunami segala? 
Maka hakikatnya, KERAJAAN itu adalah SATU JENTERA. Bukan sekadar pemimpin atasan.
Why? 
Hakikat ya kita masih sikmok akui.

Pada pendapat aku la, dalam kita memilih kepimpinan negeri, perasaan pertama yang perlu kita kikis adalah in denial. Jangan kita sibuk menidakkan  kejahatan di depan mata, tapi leka mencari keburukan dalam kebaikan. Kita perlu jujur, jelas, and faham matlamat utama parti yang kita pilih untuk memimpin. Semuanya adalah untuk rakyat. Benci adalah satu perasaan yang sebenarnya sangat senang untuk di manipulasi. Rasa benci la molah sesama bangsa berkelai, bangsa lain appear lebih bagus dari satu bangsa lain, sama agama berbunoh sama dirik, orang bangsa lain diberik peluang untuk memporak peranda satu bangsa lain. 

Memang benar, muafakat and perpaduan adalah satu yang cliche. Orang dah sik termakan dengan perjuangan ke arah perpaduan. Nice in theory, tapi hakikatnya orang beranok sama dirik. Perpaduan yang hakiki memanglah sebenarnya satu utopia yang susah nak dicapai, tapi sik salah untuk kita berusaha ke arah ya. Di sia la kegunaan PARTI POLITIK. 
Politik sepatutnya MENYATUKAN, politik sepatutnya MENCARI PERSAMAAN, bukan setakat MEMBANGUNKAN. 
Sebab apa yang penting sekali yang kita kejar lebih-lebih lagi dalam negara yang berbilang bangsa and agama, adalah perpaduan, kemakmuran, dan toleransi. 
Bila semua dapat dicapai, apa yang terhasil adalah sebuah masyarakat yang balance and sejagat. Faham akan tatasusila, adat, kepercayaan bangsa yang berlainan. Tapi, bila perjuangan yang utama adalah hanya untuk mengejar pembangunan, di sia kita akan datangla satu faktor lain - DUIT. Duit sik semestinya membawa kebahagiaan. 
Kerana duit la bangsa berpecah, kerana duitlah adik beradik berbunuh sama diri, kerana duitlah timbul masyarakat yang miskin and kerana duitlah ada penindasan. 
And semua ya dah terjadi di depan mata kita kinek tok, and macam ni kita nak kekang benda ya terus berlaku? Di sia la fungsi PARTI. 
Tapi bila parti dah jadi tempat memecahbelahkan masyarakat, dari segi ni ktkorg rasa pembangunan dapat terhasil dari sia? Pembangunan is INEVITABLE, eventually kita tetap akan membangun. Tapi jangan sebab pembangunan kita hilang jati diri, hilang perpaduan, berkelai sama dirik, berlaku ketidakadilan. Mun kepimpinan diukur hanya dari segi pembangunan, so, akan ada satu bangsa appear lebih competent dari bangsa lain, and ya adalah satu hakikat yang kita sik boleh nak tolak. And ya lah yang coba dipadah oleh Dr.M dalam bukunya. Mmg awful, tapi yalah hakikatnya. Tapi kita sikmokla benda tok berterusan. Terus-menerus jadi bangsa yang mundur, trus jadi bangsa yang incompetent. So di sia penting perjuangan parti. Kita perlukan parti yang dapat cari MUAFAKAT dalam kepelbagaian. Parti yang boleh tolerate, parti yang faham macam ni nak membangunkan rakyat yang BERBILANG KAUM, BERLAINAN AGAMA, BERBEZA KEUPAYAAN. Kerana, suka atau tidak, kita mesti terimak hakikat, parti kita adalah parti BANGSA. Period. 

Ada terbaca sigek kata-kata "Lebih baik kita berdepat, daripada kita berpura-pura damai". 
Ermm....ada betolnya, tapi kata-kata ya perlu disertakan dengan satu sifat. Iaitu sifat mesti sanggup untuk menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri, kelemahan bangsa sendiri. Dapatan daripada perdebatan sepatutnya adalah kata sepakat. 
Bukan "aku pande ngelaka, then aku menang". Sik boleh. Ya drama namanya. 


Maybe point aku salah, cuma tok adalah apa yang aku terfikir. 

Tis' is Matt Ashkeroth
And I'm just saying

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *








SITI Talkshow

Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia 2010 part.2

J E A L O U S Y

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Pages

Enlaces

testing testing!